Puas pusing rumah cari 'remote' TV, firasat ibu bongkar tempat tetamu sorok. -"Tak terfikir kat situ..."

Sejak Aidilfitri menjelang minggu lalu, kita menyaksikan pelbagai perkongsian dari orang ramai berhubung pengalaman mereka menerima  tetamu yang berkunjung ke rumah.

Rata-ratanya merungut dengan perangai anak-anak kecil mereka yang lincah dan sukar untuk dikawal sehingga tanpa sedar telah menyebabkan tuan rumah berdepan kerugian akibat kerosakan harta benda.

Buntu cari 'remote' TV tak jumpa

Namun begitu, lain pula kisah yang menimpa pemuda ini apabila 'remote' TV di rumahnya hilang selepas tetamu beransur pulang.

 

@dexwankd_ Tolongg Gaisss  #fyp #rancakraya #tolongfyp ♬ Raya Raya Raya - DOLLA

 

Sudah puas mencari di setiap sudut, tidak juga ditemui sehingga dia memutuskan untuk membuat video pendek menyaksikan misi pencariannya agar tetamu yang datang sebelum ini dapat membantunya menjejaki 'remote' yang hilang itu.

"Tak terfikir cari kat situ"

Sehari selepas insiden, dia memuat naik video baru memaklumkan bahawa barang yang dicari telahpun dijumpai.

 

@dexwankd_ Reply to @firadaus883 ♬ Rancak Raya - Chorus - Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz

 

Menurutnya, hasil penemuan adalah daripada firasat ibunya yang meminta agar cari di bawah lipatan sofa yang berada di ruang tamu.

"Saya selalu kena"

Meninjau ke ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman sama menimpa mereka, bilamana kebanyakan barang yang hilang pasti sesuatu yang penting.

"Siapa punya kerja lah ni?"

Namun, tak kurang juga yang beseloroh sesama mereka mengenangkan kegusaran tuan rumah tidak dapat menukar siaran lain sepanjang 'remote' TV hilang jejak.

"Dia tak bagi tukar cerita lah tu"

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen