Lelaki Yang Menghormati Ibunya, Dia Juga Akan Menghormati Anda.

Seorang lelaki yang mengasihi ibunya, dia tahu akan cara untuk menjaga perasaan anda. Jika kita mempunyai suatu keperluan, dia sentiasa akan memenuhinya. Dia lebih suka mengembirakan kita, mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kita asal dia tahu apakah peraturan tersebut. Tapi, sekiranya kita lihat seorang lelaki itu manja bersama ibunya, tetapkanlah peraturan, tetapi janganlah sehingga dia tidak menghormati ibunya. Kita juga yang berdosa nanti.



Antara perkara yang perlu ditekankan kepada lelaki ini adalah tanggungjawabnya terhadap keluarga sendiri kerana dia adalah pemimpin dalam keluarga tersebut. Dalam Islam, Allah menetapkan keutamaan dalam memberikan nafkah. Setelah nafkah akan dirinya, dia perlu memberikan nafkah kepada keluarga terlebih dahulu, setelah itu barulah kepada bapa lelaki tersebut, kemudian ibu dia dan lain-lain keutamaan yang perlu diteliti lagi.



Cara untuk menguruskan lelaki ‘anak emak’ adalah dengan memberitahu keperluan kepadanya. katakanlah secara jujur kepadanya. Usah dipendam. Kerana orang lelaki tidak pandai untuk membaca fikiran orang lain. Mereka tidak mengagak apa yang wanita mahukan. Jadi, jelaskan.



Lelaki yang mencintaimu akan mencari jalan bagaimana untuk menyenangkan hati ibunya dengan membahagiakan wanita yang dicintai. Dia akan mengurusakan kedua-dua orang yang dikasihi agar keduanya bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen