Pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah selamat melahirkan putera sulungnya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 3.40 pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan oleh suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar memaklumkan bahawa anak sulung mereka dilahirkan pada 9 Syawal sama tarikh lahir dengan isterinya mengikut kalender Islam.
View this post on Instagram
“Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Wan Emir juga memaklumkan bahawa keadaan Mira serta bayi dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” tulisnya lagi.
Untuk makluman, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada September 2020.
Tinggalkan Komen