Rakan terlantar sakit, terharu lihat satu geng datang jenguk beri semangat

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata rakan gelak ketawa mudah dicari namun yang sanggup menangis bersama belum tentu dapat dicari.

Namun, lain pula dengan sekumpulan pemuda ini apabila membuktikan persahabatan yang kukuh disaat suka mahupun duka.

Satu geng jenguk rakan terlantar sakit.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Megat Farhim apabila memuat naik video saat dia bersama rakan-rakannya pergi melawat salah seorang sahabat mereka.

Dalam video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pemuda sedang duduk di lantai serta seorang lelaki sedang terlantar di atas katil.

@megatmefarrr Hampir genap setahun tragedi menimpa kami kawan2 dan keluarga kamu Rahmat 😊 #pray4rahmat #sahabatsejati #duniaakhirat #pinjamandariallah ♬ bunyi asal - Megat Farhim

Menurut Megat Farhim, rakannya itu ditimpa kemalangan saat pulang kerja pada bulan Ogos tahun lalu.

Malah, sebelum masing-masing pulang mereka dilihat memberi semangat kepada lelaki berkenaan agar cepat sembuh.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat persahabatan mereka. Bahkan, mereka juga berharap agar persahabatan itu kekal selamanya.

Terharu tengok

Moga persahabatan kekal selamanya

Semoga sahabat cepat sembuh

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen