Kalau semalam kecoh menganai anak pengacara terkenal, Noor Neelofa berjaya mengutip duit raya melebihi RM14,000 sempena sambutan hari raya baru-baru ini.
Kali ini giliran menantu kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin yang berkongsi momen anak sulungnya, Arif Jiwa membuka sampul duit raya yang diterimanya.
Anak Tya Arifin buka sampul raya.
Menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya, The Tya’s Family memaparkan Arif ditemani ibu dan ayahnya ketika membuka sampul tersebut di rumah mereka.
Dalam video berdurasi enam minit empat puluh sua saat itu, dapat dilihat pelbagai reaksi teruja dan gembira melihat longgokan sampul duit raya yang diterima di atas meja.
Bukan itu sahaja, Arif juga turut mengasingkan duit raya yang diterima oleh adiknya, Azzahra atau mesra disapa Ara.
Bagaimanapun, rakaman tersebut menyentuh hati apabila Arif memberitahu bahawa dia membantu golongan yang susah dengan menggunakan duit raya yang dikumpul olehnya itu apabila ditanya oleh Tya, selain mahu membeli permainan.
“Wang ini, abang nak tolong orang yang susah,” kata Arif.
Hasrat kanak-kanak berusia 5 tahun itu telah dipuji oleh warganet selain turut mendoakan agar Ariff menjadi insan berguna suatu hari nanti.
MasyaAllah bagusnya
Prihatin Ariff dengan orang susah
Tinggalkan Komen