Rimas asyik mengadu sakit je, lelaki hati kering bantu rakan cabut gigi guna 'playar'

Masalah sakit gigi bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

Bagi yang pernah mengalaminya, pasti tahu bagaimana ia menganggu tugas seharian kita sehingga menyebabkan hilang selera makan dan juga tidak dapat menikmati tidur di malam hari.

 

Kawan mengadu sakit gigi tak hilang 

Bagi menggambarkan lebih lanjut situasi itu, mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian Malaysia Most Viral di laman Twitter.

 

 

Dalam video pendek itu, menyaksikan tindakan berani seorang pemuda mencabut gigi rakannya menggunakan 'playar' muncung tirus.

Menurutnya, rakannya itu sering mengadu sakit gigi, malah diajak pergi ke klinik pun tidak mahu.

Selamba cabut gigi guna playar

Disebabkan masalah itu, dia nekad bertindak demikian dengan harapan sakit gigi rakannya berkurang.

Jika dapat dilihat, individu berkenaan juga akur sewaktu kawannya membuat keputusan untuk mencabut giginya sekaligus memungkinkan bahawa ia dilakukan pasti atas persetujuannya.

"Tak bahaya pun"

Walau bagaimanapun, apabila meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi netizen melihat tindakan dua sahabat itu.

Ada yang merasakan ia sesuatu perkara biasa kerana cara itu selalunya dilakukan oleh kebanyakan orang zaman dahulu.

 

"Ini cara otai"

 

"Pergilah klinik, tak mahal pun"

Namun, tak kurang juga yang sinis dengan cara tersebut yang menurut mereka berbahaya dan mungkin akan memberi kesan kepada tuan empunya badan.

"Aku yang terasa ngilu"

"Nasib baik akar gigi tak bengkok"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen