Konon nak tunjuk hebat, pekerja kurier buli lelaki kurang siuman dengan mercun ditahan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam tular akan video seorang lelaki dipercayai pekerja salah satu syarikat kurier, J&T Express (J&T) secara tiba-tiba menyerang seorang ‘insan istimewa’ menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut menyerang lelaki kurang siuman berkenaan menggunakan mercun disifatkan sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam video itu juga turut menunjukkan lelaki pembuli itu cuba menakut-nakutkan mangsa dengan cubaan menumbuk dan mencucuknya menggunakan objek yang kelihatan seperti sebatang kayu.

Difahamkan, ramai sahabat termasuk ahli keluarga mangsa pantas mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya setelah tular videonya menyerang insan istimewa yang dikenali sebagai Lan Aduk terbabit.

Lelaki berkenaan bagaimanapun kemudiannya meminta maaf kepada mangsa.

Sementara itu, laporan berhubung kejadian telah disahkan diterima pihak polis pada jam 5.36 petang tadi di Balai Polis Santubong manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,091,757 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen