“Rasa tawar, lauk ciput...” – Peniaga jual mi celup cekik darah dikenakan kompaun

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan luahan seorang pembeli mi celup yang kecewa selepas harga makanan dibeli terlalu mahal tidak setanding dengan rasanya di sebuah gerai di Tanah Merah, Kelantan.

Memetik laporan Utusan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memeriksa premis yang terletak di Pasar Besar Tanah Merah selepas kejadian itu tular di laman Facebook ‘Tanah Merah di Hatiku’.

Dalam ‘posting’ tersebut, Pengadu mendakwa, dia membeli lapan bungkus mi celup dengan harga keseluruhan RM72 dan tidak berpuas hati kerana kebiasaannya, sebungkus mi celup biasa dijual sekitar RM5 sebungkus atau RM7 sebungkus bagi mi celup ‘special’.

Malah, seorang penjual mi celup yang didakwa menjual makanan itu pada harga RM9 sebungkus diberi kompaun serta notis.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, peniaga wanita berusia 33 tahun itu mengakui kejadian tular membabitkan mi celup berharga RM9 sebungkus itu melibatkan gerai miliknya.

Beliau berkata, peniaga berkenaan diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

“Melalui notis itu kita bagi tempoh dua hari untuk peniaga itu menjawab dan menyatakan alasan berhubung isu itu.

“Kita juga turut mengeluarkan kompaun kerana tidak meletakkan tanda harga di bawah Perenggan 5 Perintah Kawalan Harga dan AntiPencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020,” katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,091,757 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen