"Lorong motor sebelah je!" - Lalu palang tol RFID, tindakan motosikal menyusahkan pemandu kereta

Oleh: Shasha Zack

Bagi pengguna plaza tol, umum mengetahui bahawa laluan motosikal adalah di hujung sekali, dan tidak perlu melalui palang atau membayar sebarang tol.

Namun begitu, tular satu kejadian ini, membuatkan ramai amuk dengan sikap penunggang motosikal yang melalui kawasan berpalang, telah menyusahkan pemandu kereta di belakang,

"Terima kasih sebab menyusahkan orang lain."

Perkongsian @jalanbasah di Tiktok meraih perhatian ramai yang berkongsi rasa bengang dengan motosikal terbabit yang disifatkan tidak peka dan sengaja membuat onar di plaza tol.

Dalam video, dapat dilihat kereta berkenaan telah mengimbas kod di laluan Touch n Go / RFID, namun terkejut dengan tindakan sebuah motosikal yang selamba melalui palang sehingga palang tertutup ketika dia hendak melepasinya!

 

@jalanbasah1

WUP2104

♬ suara asli - NAMA KOK FIKI - FIK🍻

"Hantar kat JPJ, suruh saman."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geram malahan menyuruh empunya kereta segera melaporkan hal tersebut kepada phak berkuasa agar penunggang motosikal dikenakan tindakan.

"Lorong motor sebelah je."

"Dia tak pernah asuk tol kot..."

"Motor tu takyah bayar tol ke.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen