Nak cari ketenangan di tingkat 5, gadis alami kemurungan nafi cuba bunuh diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, tular akan satu video memaparkan seorang gadis berada di tingkat lima dan cuba untuk terjun di sebuah pasar raya di Seksyen 7, Shah Alam.

Bagaimanapun, gadis berkenaan dikatakan telah diselamatkan oleh oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama anggota bomba dan penyelamat.

Memetik laporan Harian Metro, gadis berkenaan mendakwa dirinya hanya mencari ketenangan dan tidak berniat untuk membunuh diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati gadis berumur 19 tahun yang juga warga tempatan itu dipercayai mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

"Maklumat dari bapa mangsa menyatakan bahawa mangsa mendapatkan rawatan berkaitan tekanan dan kemurungan yang dihidapi di Hospital Shah Alam.

"Mangsa pula menjelaskan tiada niat untuk membunuh diri dan berada di atas tembok berkenaan untuk menenangkan fikiran.

"Setakat ini, kes sudah dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk tindakan susulan oleh pihak hospital," katanya.

Beliau berkata, semalam pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan seorang perempuan dilihat berdiri di atas tembok paling atas di pasar raya terbabit.

"Siasatan mendapati, seorang lelaki yang juga rakan mangsa mendakwa ada melihat status WhatsApp daripada mangsa yang menunjukkan gambar berada di lokasi terbabit.

"Kemudian lelaki berkenaan bergegas ke lokasi dan berjaya memujuk wanita untuk turun," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen