Identiti 5 mangsa rentung dikenali pasti, kesemua disahkan pelajar USAS

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejadian meragut nyawa lima individu dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora telah dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan bahawa kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

"Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

"Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

"Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan," katanya.

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Anda masih keseorangan?

1,091,748 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen