Bangga tayang anak 10 tahun pandu kereta ke sekolah, polis siasat ibu bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular akan sebuah video memaparkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun memandu kereta untuk ke sekolah.

Menyedari akan perkara tersebut, ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan suami isteri itu bersama tiga anaknya tampil ke IPD Pontian, 10 pagi hari ini, untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan video tular di Facebook kelmarin yang memaparkan kanak-kanak lelaki memandu kereta Perodua Kancil dengan dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan kenderaan itu.

"Kejadian itu berlaku 7 pagi Selasa lalu (kelmarin) di pekan Nanas di sini, ketika mereka bersiap ke sekolah.

"Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui Tiktok@shimahali 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Selain itu, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987, " katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen