Biarkan mangsa kemalangan tersepit, pemandu lori hilangkan diri lepas langgar 7 kenderaan

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian itu pada 11.55 malam bagi menyelamatkan lima mangsa termasuk kanak-kanak.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dengan kekuatan enam pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

"Menurut saksi kejadian, kemalangan membabitkan tujuh kenderaan namun ketika bomba tiba, hanya tiga kenderaan berada di lokasi iaitu lori yang melanggar Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki tujuh warga Bangladesh.

"Kenderaan lain dikatakan hanya mengalami kerosakan kecil," katanya.

Beliau berkata, terdapat lima mangsa cedera ringan masing-masing tiga mangsa dari kereta iaitu lelaki berusia 42 tahun bersama dua anak lelakinya berusia 13 dan 10 tahun, manakala dua lagi mangsa dari MPV iaitu wanita berusia 59 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Menurutnya, kesemua mangsa terbabit dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum bomba tiba dan mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu lori tidak dapat dikesan di lokasi dan dipercayai menghilangkan diri.

 

Anda masih keseorangan?

1,091,757 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen