Jenazah 5 sekawan selamat dikebumi, seluruh keluarga sayu - "Kami reda dengan pemergian anak..."

Oleh: Shasha Zack

Jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora semalam,  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kijal, kira-kira 8.15 pagi tadi.

Menurut Bernama, jenazah tiba di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.

Keluarga sedih, suasana jadi pilu..

Ibu arwah, Shamila Abdullah, 44, berkata, dia berasa lega kerana semua urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah anak sulungnya itu berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa singkat.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, penduduk kampung dan rakan mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.
 
 

"Saya dan suami reda..."

Ujar Shamila, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuk hospital, USAS dan rakan-rakan yang membantu melancarkan urusan berkenaan.

“Walaupun sedih, saya dan suami tetap reda dengan pemergiannya kerana arwah adalah anak yang sangat baik dan menyenangkan hati ibu bapa."
 
"Arwah adalah abang dan contoh terbaik kepada tiga adiknya, walaupun dia sudah tiada, doa saya tetap bersamanya.” "

Selain Ahmad Naim yang merupakan pelajar semester dua Ijazah Sarjana Kaunseling Islam USAS, empat lagi yang rentung akibat kemalangan itu terdiri daripada Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Makan malam terakhir lima sahabat - Utusan Digital

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen