Borong mercun sampai RM50, pakcik terpaksa berlakon jadi 'marshall', harap anak buah serik

Apabila tibanya hari raya, tidak lengkap rasanya 'moment' itu tanpa diiringi dengan dentuman mercun di dada langit.

Orang kata, kemeriahannya jelas sekali berbeza.

Namun, perlu diketahui bahawa pembelian dan penggunaan sebarang jenis mercun atau bunga api mempunyai had tertentu, memandangkan ia juga bahan mudah terabakar dan merbahaya.

Borong mercun tak beringat

Bagi mengawal perkara itu, seorang lelaki terpaksa berpura-pura menjadi anggota marshall selepas mendapati anak buahnya memborong sejumlah mercun berharga RM50.

 

@mohdizri98 Hahaha, ceritanya gi di kedai beli ngecun habis RM50 ya. Ini cara dia. #pengajaran #fypdongggggggg #fyp #raya ♬ original sound - mohdizri98

 

Budak lelaki menangis 'marshall' nak tangkap

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan kegusaran kanak-kanak terbabit apabila mendapati lelaki berpakaian ala-ala anggota polis menerjah masuk ke rumah mencari mereka yang bersekongkol memborong mercun tersebut.

Tidak terhenti situ, perasaan panik kanak-kanak itu makin memuncak apabila serbuan tersebut turut diiringi dengan bunyi siren kereta polis di luar rumah.

"100% budak percaya"

Meninjau ke ruangan komen, ramai terhibur melihat reaksi kanak-kanak terbabit yang akhirnya terciduk dan menangis risau akan ditahan disebabkan perbuatannya.

"Auto fobia budak tu"

"Nasib baik diaorang tak boleh bezakan"

Bukan itu sahaja, lakonan pakcik mereka tak kurang juga menjadi perhatian netizen selain memuji usahanya berbuat demikian.

 

"Naik kereta tapi pakai helmet"

"Siap ada bunyi siren"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen