“Menari depan suami, dalam bilik tak ada masalah...” – Ustaz tegur ‘influencer’, buat netizen puas hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, kecoh akan seorang ‘influencer’ dan merupakan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti Korea Selatan, Sabrina, telah menjadi perhatian ramai gara-gara kenyataan yang diberikan pada sebuah media.

Dalam kenyataan tersebut, Sabrina memaklumkan bahawa tidak salah untuk dia menari meskipun bertudung sekaligus membuatkan netizen marah.

Susulan kenyataan tersebut, seorang pendakwah bebas telah berkongsi teguran menerusi satu video TikTok, Shariffalazhari.

@shariffalazhari #stitch with @oghangkedah #dakwahtiktokuad #fyp #dakwahtiktokusa ♬ original sound - Shariff Al-Azhari

Dalam video itu, ustaz tersebut mengatakan bahawa seseorang itu tidak salah untuk menari mengikut jenis tarian yang mereka minati namun janganlah sampai melebih-lebih sehingga mengundang salah faham.

“Nak menari tu boleh tapi janganlah sampai tergedik-gedik depan orang, jangan sampai menampakkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan,” tegurnya.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet berharap agar gadis berkenaan mendapat hidayah dari Allah S.W.T

Malah berterima kasih kepada ustaz tersebut yang memberi teguran.

Moga diberi hidayah

Terima kasih ustaz tegur

Pengajaran untuk semua

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen