Terkejut motor tersadai tepi 'highway', rupanya lelaki tidur, kejut langsung tak bangun - "Penat sangat tu."

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan seorang pemandu treler yang terkejut melihat sebuah motosikal dengan penunggangnya yang tersadai di bahu jalan.

Saat mendekati lelaki tersebut, alangkah terkejutnya melihat bahawa dia sedang nyenyak tidur, mungkin keletihan.

"Ngantuk sangat dah cara ni, panggil langsung tak bangun..."

Perkongsian @abangcrossborder di Tiktok meraih perhatian ramai yang turut tertanya-tanya tentang nasib lelaki berkenaan, adakah sesuatu yang buruk berlaku kepadanya.

Difahamkan, empunya video telah cuba mengejut lelaki ini, namun gagal kerana dilihat dari gayanya, terlampau mengantuk..

@abangcrossborder

semoga allah permudahkan segala urusanmu bang 😌 ngantok sgt dah caqa neh.. panggey dia xbangun..

♬ Di Luar Kemampuanku - Ukays

"Allah kesiannya, teringat anak2 sendiri..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu dan simpati melihat lelaki berkenaan yang kemungkinan terlampau lelah sehingga tertidur di atas motosikal.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan pemandu treler ini yang memeriksa keadaan lelaki berkenaan..

"Ada lalu tadi, perasan brader motor ni, kesian penat sangat..."

"Alhamdulillah terbaik abang gi tengok2 kan abang moto tu..."

"Bahaya tidur situ takut kena samun, nasib ada abang truckers."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen