"Dia potong sampai depan, pastu signal masuk kiri!" -Abang lori hon panjang kereta2 punca jem buat netizen puas

Oleh: Shasha Zack

Kesesakan jalan raya merupakan satu perkara normal yang dihadapi oleh pengguna kenderaan hampir setiap hari terutama di waktu-waktu punca.

Waalaubagaimanapun, acap kali punca yang berlaku adalah kerana sikap pentingkan diri sesetengah individu hingga mengakibatkan kesesakan yang berjam-jam di atas jalan raya.

"Puas hati dengar dia hon panjang..."

Sama lah dengan perkongsian @malaysianupdates di Tiktok ini yang membuatkan ramai geram melihat beberapa buah kereta, selamba 'memancung' semua kenderaan sehingga ke depan, untuk memasuki simpang.

Dalam video, pemandu lori dilihat mengomel dan bengang dengan tindakan tak bermoral beberapa kereta yang mengakibatkan jalan sesak. Hilang sabar, pemandu lori ini menekan hon panjang hingga semua kereta tadi bertempiaran lari, buat ramai puas.

@malaysianupdatenews Puas hati dengar hon dia 😂 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound - Malaysian Update

 

"Beraturlah, ni punca makin sesak."

Tinjauan ke ruangan komen mendpaati ramai netizen yang menyokong tindakan pemandu lori, dan mengecam tindkana beberapa kereta yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas itu.

"Memang betul ramai yang potong queue macamni..."

"Bang kawtim dengan semua dreber lori 1 Malaysia buat gitu."

"Kerajaan kena letak divider antara lane 2 km sebelum exit..."

Anda masih keseorangan?

1,091,742 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen