Tetap berjuang, terharu lihat jaguh silat negara teruskan perlawanan meskipun cedera

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa ketika ini sedang berlangsung Sukan SEA ke -31 di Hanoi, Vietnam yang juga melibatkan atlet negara kita.

Baru-baru ini, tular akan aksi perlawanan jauh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari yang menentang pencabarnya dari Indonesia, Iqbal Candra Pratama dalam acara kelas F (70-75 kilogram (kg)).

Dalam video yang tular berkenaan, dapat dilihat Al-Jufferi mengalami kecederaan di tangan kirinya ketika berlawan dengan peserta dari Indonesia ketika aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Bac Tu Liem.

@kismiskur_kur al jufferi just won against indonesia with practically one arm 😭❤️#seagames31 #aljufferijamari #malaysia ♬ Standing In The Eyes Of The World - Ella

Walau bagaimanapun, pesilat negara itu tidak mengalah namun tetap meneruskan perlawanan hingga akhirnya dia berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Kismiskur_kur memaparkan persilat negara itu terduduk di luar gelangan selepas tangannya mengalami kecederaan namun bangkit semula berlawan dengan sebelah tangannya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat perjuangan jaguh silat negara itu. Malah, mereka juga bangga akan pengorbanan atlet berkenaan dalam menaikan nama negara.

Terharu tengok pengorbanan

Tabik!

Tak sanggup tengok

Kami bangga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen