Angkat pengantin naik tandu, netizen tolong risau orang yang memikul –“Dah senget2 tu bang..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai ada resam malah sehingga kini masih lagi menjadi amalan bagi segelintir tempat.

Lebih-lebih lagi dalam majlis perkahwinan, bagai tidak lengkap sekiranya adat peninggalan nenek moyang tidak dilakukan di hari penuh bermakna itu.

Angkat pengantin naik tandu.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pasangan pengantin baru diraikan dengan cara yang unik iaiti dengan diarak menggunakan tandu.

Dalam video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Surieya03 itu memaparkan pasangan pengantin berada di atas tandu berserta bunyi paluan kompang.

@surieya03

hahahaha... ramai yg lepas geram tue...

♬ bunyi asal - Suria Suhaimi

Bagaimanapun, dalam video tersebut juga turut memaparkan pengantin hampir terjatuh disebabkan salah seorang yang mengangkat tandu berkenaan kehilangan kasutnya.

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai malah ada yang bimbang akan keadaan mereka yang mengangkat tandu berkenaan. Bukan itu sahaja, warganet turut menasihati agar mengambil mereka yang lebih gagah jika ingin melakukan adat ini.

Kesian yang mengangkat

Risau majlis kahwin jadi lain

Patut bayar orang main gym

Yang angkat kena dapat bayaran

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen