Setiap ibu bapa lain cara didikannya. Ada yang mendidik dengan cara kasar, ada pula dengan cara lemah lembut.
Namun begitu, tujuannya cuma satu, hanya ingin menjadikan anak insan yang berguna.
"Semoga Allah bagi kesedaran buat ibu ayah budak ni..."
Demikian kapsyen yang ditulis @intansyuhada273 di Tiktok ketika memuat naik video jirannya yang didakwa sering memukul anak yang baru berusia 5 tahun.
Akui tertekan dan simpati dengan nasib si cilik, wanita ini berharap ibu bapa yang dilabel kaki pukul itu diberikan hidayah oleh Allah.
@intansyuhada273 semoga Allah beri kesedaran kpd ibu dn ayh budak ni..
♬ bunyi asal - intansyuhada273
"Jangan campur hal orang..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan wanita ini yang menularkan hal privasi seperti ini kepada umum.
Ini kerana, bagi mereka, itu adalah cara ibu bapanya mendidik anak-anak dan wanita ini tak sepatutnya menghukum tanpa tahu punca sebenar kemarahan si ibu.
Tinggalkan Komen