Jiran sebelah asyik pukul anak, wanita 'viral'kan sikap 'parents' dikecam netizen - "Jangan sibuk kak."

Oleh: Shasha Zack

Setiap ibu bapa lain cara didikannya. Ada yang mendidik dengan cara kasar, ada pula dengan cara lemah lembut.

Namun begitu, tujuannya cuma satu, hanya ingin menjadikan anak insan yang berguna.

"Semoga Allah bagi kesedaran buat ibu ayah budak ni..."

Demikian kapsyen yang ditulis @intansyuhada273 di Tiktok ketika memuat naik video jirannya yang didakwa sering memukul anak yang baru berusia 5 tahun.

Akui tertekan dan simpati dengan nasib si cilik, wanita ini berharap ibu bapa yang dilabel kaki pukul itu diberikan hidayah oleh Allah.

 

@intansyuhada273

semoga Allah beri kesedaran kpd ibu dn ayh budak ni..

♬ bunyi asal - intansyuhada273

"Jangan campur hal orang..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan wanita ini yang menularkan hal privasi seperti ini kepada umum.

Ini kerana, bagi mereka, itu adalah cara ibu bapanya mendidik anak-anak dan wanita ini tak sepatutnya menghukum tanpa tahu punca sebenar kemarahan si ibu.

"Mak dia tahu apa mak dia buat..."

"Bila kita biar anak bising, kata tak reti ajar anak, bila kita ajar kata kita bising pulak..."

"Cuba sis berbual dengan dia, mungkin dia takde tempat nak luah..."

Anda masih keseorangan?

1,091,775 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen