Menjadi kebiasan mana-mana orang bujang akan keluar bersama dengan seseorang yang baru dikenalinya. Mana tidaknya, itu disebut sebagai proses bekenalan sebelum ke langkah seterusnya.
Baik yang teruna mahupun dara, pasti kedua-dua mereka yang menyediakan pakaian terbaik untuk pertemuan tersebut. Bukan itu sahaja, tempat bertemu juga pastinya di restoran yang menghidangkan pelbagai makanan lazat.
"Tak mampu jangan ajak dating."
Bagaimanapun, lain pula dengan nasib seorang gadis ini apabila berkongsi pengalaman keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Menurut video tersebut, gadis berkenaan mendakwa bahawa dirinya telah memakai pakaian yang cantik namun hampa apabila diajak ‘drive thru’.
@tinder_date2022 ♬ original sound - Tinder date malaysia
Gadis berkenaan juga meluahkan rasa kecewa dengan berharap agar jangan mengajaknya untuk pergi ‘dating’ sekiranya tidak mampu.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan bengang melihat tindakan gadis tersebut.
Malah, ada juga yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan malu untuk membawa gadis tersebut keluar.
Tinggalkan Komen