Dalam hidup berumah tangga, toleransi dan saling memahami merupakan kunci kebahagiaan dan hubungan harmoni yang berkekalan.
Begitulah yang ditunjukkan pasangan suami isteri ini, apabila suami rela memandu sejauh 440 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam demi menunaikan keinginan isteri!
"Bila wife hang teringin nasi ayam time study..."
Perkongsian @nabilothmancwl di Tiktok meraih perhatian ramai yang teruja melihat kegembiraan si isteri apabila makanan yang diidamkan akhirnya berada di depan mata.
Dengan reaksi penuh ghairah dan gembira, isteri tersebut sampai menggeleng kepala berkali-kali dipercayai kerana nasi ayam yang terlampau sedap.
@nabilothmancwl bila wife hang teringin nasi ayam time study, hang sanggup redah AS➡️ SHAH ALAM 440km 😉😍 #fypシ #pimanabil ♬ suara asli - 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️
"Sampai geleng kepala tu sedap betul tu.."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap suami yang sanggup berbuat apa saja demi membahagiakan isterinya.
Malahan, ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke Jannah.
Tinggalkan Komen