Nangis ingatkan rentung, ibu terkesima waktu mandikan jenazah anak. -"Darah pun masih mengalir..."

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, namun tragedi yang menimpa 5 sekawan pada Khamis lalu masih memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga, bahkan juga kenalan terdekat.

 

Jika dapat kita lihat, satu persatu kebaikan sewaktu hayat mereka didedahkan baik dari pihak waris ataupun rakan membuatkan hati ikut sebak dan tersentuh.

Ibu kongsi detik mandikan jenazah anak

Menerusi perkongsian Julianah Ishak, ibu kepada salah seorang mangsa terlibat iaitu Muhammad Nasrun Bin Aidol Munir Akbar atau mesra disapa Ayoi, ada berkongsi 'moment' sewaktu hadir melihat jenazah anaknya.

 

@mummyiqrash #fypシ ♬ original sound - Julianah Ishak

 

Ujar wanita itu, dia tidak menyangka jenazah anaknya dalam keadaan sempurna, walaupun sedia tahu bahawa sebanyak 90% tubuhnya rentung dalam kemalangan itu.

"Saya menangis ingatkan saya akan tengok kayu arang, rupanya bukan"

"Jenazah sangat sempurna, masa nak mandikan tu saya tengok darahnya masih mengalir dan keadaan dia baik."

-Ibu arwah-

"Saya dah reda lepaskan pemergiannya"

Tambahnya, selepas mendapati anaknya dalam keadaan baik, dia bersyukur selain akui reda untuk melepaskan pemergiannya.

"Sebelum tengok, saya menangis tapi lepas tengok, saya reda sereda-redanya, saya lepaskan. Alhamdulillah."

"Saya tanya mak-mak yang lain, diaorang pun kata dalam keadaan baik... sebab kita bayangkan meninggal dalam keadaan terbakar ni kan..."

-Ibu arwah-

Terdahulu, media melaporkan seramai lima orang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar bertembung dengan trelar.

Dalam kejadian di berhampiran  berhampiran terowong Menora itu, kesemua mangsa disahkan pelajar di universiti sama iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Sementara itu, pemandu trelar pula ditahan reman bagi membantu siasatan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen