Enggan jawab isu tular, penasihat Agama negeri Perak letak jawatan

Selepas videonya di kelab malam tular, Penasihat Rasmi Sultan Perak iaitu Datuk Dr Afifi Al Akiti mengumumkan letak jawatan.

 

 

Penasihat Agama Negeri Perak letak jawatan

Hal itu kemudiannya disahkan oleh Pejabat Dewan Negara Perak selepas pihaknya menerima surat pengunduran daripada Dr Afifi.

Menurut Setiausaha Dewan Negara Perak iaitu Toh Amar Seri Diaja Datuk Seri Ayop Hashim, warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Akiti bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.

"Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi sepanjang tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Baginda."

"Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022."

-Setiausaha Dewan-

 

"Keputusan dibuat atas rasa tanggungjawab"

Menerusi warkah yang ditulis, Afifi mengakui pengundurannya adalah disebabkan berkait rapat denan penularan bahan di media sosial minggu lalu.

Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan.

"Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungu darjat kemuliaan Sultan Perak agar tidak dicacatkan dan begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari."

-Dr Afifi-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen