Kalut bersiap sambil layan ragam anak, ibu ketawa lihat usaha ayah bantu jagakan

Tugas sebagai ibu sememangnya mencabar dan hal itu akan makin rumit apabila mempunyai anak yang tidak mahu berenggang walaupun sebentar.

Lebih menguji emosi, mereka juga tidak boleh ditinggalkan dengan ahli keluarga yang lain, hatta bapanya sendiri sehingga menyebabkan sang ibu berdepan kesukaran untuk melakukan sebarang kerja di rumah.

Buntu anak asyik nangis 

Misalnya, seperti yang menimpa pasangan ini sewaktu masing-masing sedang mempersiapkan diri untuk beraya.

  

@ciksaray Siapa suami die lawak mcm ni? Cer komen.. kalau tak fyp lagi tak tau r..  #fypシ #rayakalut2022 #prubsntakaful #syukuralhamdulillah ♬ original sound - ciksara

 

Dalam paparan tersebut, anak lelakinya asyik ingin berkepit dengan ibu menyebabkan dia sukar untuk bersiap.

Ayah menyamar jadi ibu diamkan anak

Mengambil inisiatif lain, suaminya dengan selamba menyarung tudung agar penampilannya kelihatan seperti keibu-ibuan walaupun hakikatnya sangatlah jauh beza.

Walau bagaimanapun, siapa sangka anak bertuah itu lantas diam dan kelihatan nyaman didukung ayah.

 "Untung suami nak jaga anak"

Menjengah ke ruangan komen, tindakan lelaki itu menerima pujian dari orang ramai berikutan melihat kesungguhannya membantu isteri menjaga anak.

 

"Syukur dikurniakan suami macam tu"

 

 

"Mesti pelik budak tu"

Walaupun terpaksa memalukan diri sendiri, tapi usahanya berbuat demikian sememangnya mampu membuatkan isterinya tersenyum lega.

 

"Daddy nya pun bukan main"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen