Anggota kantoi guna telefon sambil 'drive'? Ramai harap PDRM tak berat sebelah. -"Jangan diam pula."

Penggunaan telefon bimbit sambil memandu sememangnya salah dan tindakan akan diambil jika ada individu gagal mematuhi peraturan jalan raya tersebut.

Namun begitu, bagaimana pula respon pihak berkuasa sekiranya ada dari  kakitangan mereka terutamanya dalam kalangan anggota polis berbuat hal yang sama?

[adsense_codes slot="7107598670"]

Lelaki kongsi tindakan anggota polis ketika 'drive'

Persoalan itu berbangkit selepas pemilik akaun Tiktok emman_2993 memuat naik sebuah video menyaksikan tindakan anggota polis menggunakan telefon bimbit sambil memandu.

@emman_2993

Boleh issue saman to ‘VCH2472’ ?!

♬ original sound - Emman_2993

 

Jika dapat dilihat, kereta yang dinaiki lelaki ini berselisih dengan kereta polis di sebelahnya.

Memandangkan kenderaan yang dipandu anggota terbabit tidak ber-tinted, jelas kelihatan tindakan anggota berkenaan yang dilihat sedang menjawab panggilan telefon.

"Wah, polis boleh buat macam ni!"

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai respon dan kritikan dilontarkan kepada anggota polis tersebut.

"Dia buat tak salah"

 

"Boleh polis tangkap polis"

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan sistem perundangan berhubung tindakan yang bakal dikenakan kepada anggota terbabit sekiranya didapati bersalah, adakah hukumannya sama seperti rakyat lain atau sebaliknya.

 

 

 "Mungkin ada urusan penting"

Manakala, sebahagiannya pula lebih memilih untuk bersangka baik dengan memungkinkan bahawa anggota bertugas mungkin ada hal kecemasan yang memerlukan dia bertindak segera.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen