KKN Desa Penari pecah panggung, rupanya ada banyak rahsia ditutup, ini pendedahan penulis

Sepertimana kita sedia tahu, kini filem KKN Desa Penari menjadi fenomena di Malaysia selepas tular sedutan cerita berkenaan di media sosial, malah dikhabarkan telahpun memasuki panggung Malaysia.

Semenjak dari itu, filem tersebut mendapat sambutan luar biasa di sini, lebih-lebih lagi apabila mendapati ia diadaptasi daripada kisah nyata.

Pendedahan penulisan

Memetik sumber Desk Jabar.com, mungkin ramai tidak tahu bahawa banyak babak di dalam filem itu terpaksa dipotong demi menjaga privasi beberapa pihak terlibat.

Bukan itu sahaja segala perkara yang terkait seperti peserta, nama universiti, lokasi, desa termasuklah cara menuju ke sana juga dirahsiakan tetapi difahamkan ia telah terbongkar sewaktu penulis dijemput dalam satu program TV.

"Cerita ini saya dengar pertama kali dari teman ibu saya, boleh dikatakan kawan jauh."

"Saya curi dengar bahawa rupanya dia mempunyai pengalaman itu sewaktu kuliah di salah satu universiti di kota yang tidak jauh dari tempat saya tinggal."

"Masa tu, saya bersemangat nak tulis cerita dari pengalaman saya tapi lebih tertarik untuk mengangkat cerita dia."

"Cerita ni dah lama terjadi,cuma seakan-akan ditutupi oleh semua pihak terlibat waktu tu."

Jelasnya, pendedahan itu membuatkan dia merasa terganggu, namun percaya semuanya akan berlalu dengan sendirinya.

Netizen Indo bongkar rahsia filem

 

Untuk makluman, sekitar tahun 2019 ada beberapa pihak didapati cuba membongkar beberapa perkara yang menjadi tanda tanya mereka di dalam filem tersebut.

Berikut merupakan antara 'point' penting yang berjaya ditemukan:

Kunci pertama adalah, harus disepakati bahawa 'kisah nyata' tersebut terjadi di Jawa Timur yang dikuatkan dengan penggunaan kata "REK" atau "AREK" sejak awal cerita.

Kunci kedua, para mahasiswa KKN itu adalah dari kampus di Kota S yang sudah dipastikan adalah Kota Surabaya. Salah satu petunjuk adalah sedutan kisah versi Widya.

Kunci ketiga adalah KKN dilaksanakan di Kota B dan ada dua kota yang namanya berawalan huruf B iaitu Bondowoso dan Banyuwangi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen