Kurang ajar dengan wanita lebih tua, netizen sekolahkan gadis biadap dalam 'flight' - "Amboi siap tuding2 jari."

Oleh: Shasha Zack

Yang muda disayangi, yang tua dihormati. Begitulah pepatah yang harus dipraktikkan oleh setiap individu agar masyarakat kini lebih berbudi bahasa dan tinggi nilai adabnya.

Berbeza dengan satu video yang tular ini, menunjukkan seorang gadis, dipercayai terlalu biadap dengan wanita lebih tua, buat netizen bengang.

Katanya makcik tu tegur elok2, dia siap cakap makcik tu kepoh...

Perkongsian @zombie_syna di Tiktok menunjukkan sikap gadis ini yang tidak menerima teguran wanita berkenaan hingga dia mula mengeluarkan kata-kata kasar dan menuduh wanita berkenaan 'kepoh'.

@zombie_syna

vt aslinya dan gak ada lagi, waktu dan tempat di persilahkan πŸ™πŸ™ intinya kalo masalah sama saya yauda saya aja yg gak ada sangkut paut nya jangan di bawa"😁😁

♬ suara asli - zombie_syna

"Patutnya turun ikut urutan 1-10, tapi perempuan ni nombor 20..."

Menerusi komen netizen yang kebetulan dalam penerbangan sama, gadis berkenaan difahamkan memotong barisan hingga menimbulkan rasa kurang senang penumpang lain.

Sepatutnya giliran untuk turun haruslah mengikut turutan nombor dari 1-10, namun gadis berkenaan yang difahamkan merupakan angka giliran ke-20 telah berdiri dahulu dan memotong barisan untuk turun dari kapal terbang.

 

@zombie_syna

aah sayang videonya trlalu pendek

♬ suara asli - LZ🐢🐰

"Makcik tu cakap elok je..."

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu membuatkan ramai marah dengan sikap gadis berkenaan yang biadap dengan orang yang lebih tua malahan berkeras mengatakan dia yang betul, sedangkan jelas bahawa dia yang bersalah.

"Nasihat orang tua tak terima..."

"No attitude.."

"Takut kapal terbang lari agaknya.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen