Terkejut caj buat motor RM10K, 'influencer' tak puas hati, suruh pekerja teliti semula kos tak masuk akal

Oleh: Shasha Zack

Tular di media sosial isu menaik taraf motosikal seorang 'influencer' dan Youtuber berjaya, Isa Isarb yang bengang dicaj dengan harga 'kayangan'.

Difahamkan harga yang disebutkan mencecah RM10,000 bagi upah menyiapkan motosikal, Isa bengang dan mengarahkan pekerja untuk berbincang semula dengan empunya bengkel.

"Team pomen Stopa kantoi service charge customer RM5K..."

Menerusi video yang tular di Tiktok dan Youtube, difahamkan Isa telah menghantar motosikalnya untuk dinaik taraf di sebuah bengkel milik seorang 'Tiktokers' juga.

Namun begitu, apa yang buat Isa bengang adalah caj servis dan upah yang dikenakan sangat tak masuk akal, menimbulkan sedikit salah faham antara mereka.

@hot_malaysia Tau lah kau tiktoker pemes kononnya..kot yer agak² lah nak makan duit orang tu..ker kau belajar mekanik motor kat turki@arab saudi. #fyyp #fypシ゚viral #fypシ #fyp#2022tiktok #fouryou ♬ original sound - Haqiem_stopa

"Bengang Stopa caj upah buat motor RM10 ribu..."

"Aku kurang berpuas hati dengan servis diorang..." - Isa

"Upah untuk jadi extra charge ni possible je, first sebab dia nak siap dalam 24 jam..."

Di ruangan komen, pelbagai pendapat diutarakan netizen, ada yang bersetuju dengan kos mahal dikeluarkan, ada juga yang menyelar tindakan bengkel kerana terlalu mahal.

Walabagaimanapun, ramai yang menyatakan bahawa caj mahal yang dihebohkan sebenarnya berpatutan dengan harga memandangkan permintaan Isa yang ingin motosikal berkenaan disiapkan dalam 1 hari.

"Kedai tu banyak customer, kalau semua pomen buat 1 motor, hilang daily sales..."

"1 hari pon melampau sangat tu..."

"Bro kos semua barang tambah kena buat sehari..."

"24 jam nak siapkan moto, kena la charge mahal..."

"Masalahnya semua staff kena fokus kat moto Isa..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen