Cemas anak terkunci dalam kereta, dua beradik rupanya sakan pesta bedak –“Tak rupa orang dah...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Kanak-kanak terkunci di dalam kereta pastinya perkara yang sangat mencemaskan ibu bapa. Mana tidaknya, banyak kejadian kanak-kanak lemas di dalam kereta akibat terkunci dari dalam.

Hal yang sama dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Asyaazainall ini apabila memuat naik video detik cemas anggota Bomba cuba membuka pintu sebuah kereta.

Difahamkan, terdapat dua kanak-kanak terkunci di dalam kereta tersebut hingga membuatkan ibu bapa mereka risau.

@asyaazainall alhamdulillah selamat. laju abang bomba sampai 👍 habis satu botol bedak 😭 #fyp #RancakRaya #bomba ♬ Raya Raya Raya - DOLLA

Bagaimanapun, selepas sahaja kereta berkenaan berjaya dibuka gelagat dua kanak-kanak menjadi perhatian ramai. Rupanya dua beradik itu leka bermain bedak tanpa menghiraukan keadaan panik.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ibu kanak-kanak berkenaan mengambil salah seorang anaknya yang sedang bermandi dengan bedak.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat kejadian tersebut. Malah, mereka juga mendakwa bahawa ibu kanak-kanak berkenaan pastinya keliru mahu menangis ataupun memarahi anak-anaknya.

Boleh dia buat party

Anak dia happy je

Tak tahu nak marah ke nak nangis

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen