Ikut pakwe beraya rumah keluarga, gadis tersipu malu masing2 bersorak sambut kedatangannya

Bagi yang pernah bertandang ke rumah keluarga pasangan, pasti faham betapa sukarnya mengawal perasaan malu berjumpa mereka.

Lebih segan lagi, bilamana kehadiran kita disambut dengan meriah sepertinya telah lama mengenali antara satu sama lain.

Keluarga pakwe sambut meriah kedatangan ke rumah

Misalnya seperti yang dilalui oleh gadis ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Tiktok.

 

@yupbella

lepas tu saya kena parkinson

♬ suara asli - Gany_abanit - GeryGany

 

Dalam paparan tersebut, menyaksikan kemeriahan keluarga besar teman lelakinya menyambut kedatangannya ke rumah untuk beraya.

Suasana jadi riuh, ditambah pula dengan usikan daripada ahli keluarga lelaki yang meminta agar nenek merestui hubungan mereka.

Nenek bagi 'green light'!

Walau bagaimanapun, dia terlihat tenang dengan mempamerkan senyuman sewaktu bersalaman dengan nenek kepada teman lelakinya.

Dan siapa sangka, kedengaran suara wanita itu memberitahu bahawa dia merestui hubungan cucu dan bakal cucu menantunya itu membuatkan suasana makin riuh.

"Nenek pun restu!"

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya tumpang bahagia dengan penerimaan keluarga pihak lelaki terhadap hubungan mereka.

"Bertuahnya dia"

"Muka tenang, dalam hati dia je tahu"

Selain itu, ada juga yang meluahkan keterujaan melihat kemeriahan sewaktu dia disambut oleh keluarga besar pihak lelaki sekaligus memungkinkan bahawa ia satu petanda yang baik.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen