Tak banyak guna modal, murid hadiahkan cikgu rotan sempena hari guru

Apabila tibanya hari guru, kebanyakan pelajar tidak melepaskan peluang meraikan hari bermakna itu bersama barisan tenaga pengajar  dengan memberi hadiah dan sebagainya sebagai tanda penghargaan sekaligus berterima kasih atas khidmat bakti mereka.

 

Hadiah murid lelaki untuk cikgu jadi perhatian

Begitulah juga yang dilakukan oleh pelajar ini, namun hadiahnya pula menjadi tumpuan dan bualan warga netizen. 

 

@nanijoe03 Selamat Hari Guru #hariguru #teachersday #terimakasihcikgu #fyp @arrielnabil ♬ DJ Cantelo - Angi Lay

 

Sepertimana yang dikongsikan oleh nanijoe, menyaksikan gambar anak lelakinya yang berpakain kemas tersenyum sambil memegang beberapa batang rotan yang diikat dengan riben untuk diberikan kepada cikgunya di sekolah.

Rupanya anak pun tak tahu

Namun begitu, difahamkan hadiah tersebut disediakan oleh wanita itu sendiri, tanpa pengetahuan anaknya.

Malah, anaknya juga terkejut dengan rotan-rotan yang dibawa oleh ibunya ke sekolah seraya menitip pesana bahawa ia adalah untuk dihadiahkan kepada cikgu.

 

@nanijoe03 Hadiah Hari Guru untuk Cikgu² @arrielnabil  #hariguru #teachersday #terimakasihcikgu #gurutunjangsekolahsejahtera #budakhostel #CatchTheLastInches #fyp ♬ Hey Kamu - Afiq Adnan

 

"Kreatif sungguhlah"

Meninjau ke ruangan komen, masing-masing jadi tak keruan dengan bentuk yang hadiah yang diberikan oleh budak lelaki itu.

"Dapat idea baru"

"Hadiah ni berguna"

"Jangan rotan tu makan tuan sudahlah"

Menurut mereka, ia pertama kali berlaku selain berseloroh agar rotan yang diberikan itu nanti tidak makan tua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen