Ambil duit tuan rumah waktu beraya, wanita mohon maaf, dedah perangai sebenar anak buah

Baru-baru ini, tular isu apabila 9 orang budak berpakaian sedondon didapati menyelongkar beg tetamu dan mengambil duit tuan rumah sewaktu datang beraya.

 

Tular budak curi duit tuan rumah

Perkongsian penuhnya dapat dilihat menerusi ciapan Malaysia Viral di laman Twitter beserta gambar mereka sewaktu kejadian.

 

 

 

Menurut sumber, kesemua mereka tinggal di Bukit Changgang dan datang beraya bersama emak saudaranya dengan menaiki kereta.

Walau bagaimanapun, hanya 9 orang itu sahaja yang turun, sementara emak saudaranya pula tunggu di dalam kereta sepertimana yang dimaklumkan oleh mereka.

 

Datang minta maaf

Selepas perkongsian itu tular, budak-budak itu datang semula ke lokasinya beraya untuk membuat permohonan maaf kepada tuan rumah selain akui kesilapan mereka berbuat demikian.

Malah, tuan rumah berkenaan juga ada membuat video 'live' di Facebook bagi memperlihatkan kepada orang ramai perjalanannya menghantar budak-budak itu pulang sekaligus untuk bertemu dengan keluarganya.

 

 

 

 

"Tujuan saya buat video ni bukan untuk malukan sesiapa, cuma nak betulkan keadaan supaya orang tak salah faham..."

"Dia ada datang minta maaf dan suruh padam 'posting' tapi saya tak boleh buat macam tu, saya kena betulkan dulu keadaan, kalau tak nanti orang ingatkan saya tipu pula."

Makcik dedah perangai sebenar anak buah

Sewaktu pertemuan itu, emak saudaranya juga ada mendedahkan sikap anak buahnya.

Ujar wanita itu, hanya anak buahnya seorang itu yang sukar untuk dikawal, walhal telah banyak kali ditegur agar menjaga perangai dan adab.

"Semalam, saya rasa nak halau dia. Saya malu..."

"Yang budak ni sorang je... dulu kat sekolah pun pernah buat."

"Susahlah nak cakap budak ni, dah lama saya jaga dia, saya bagi diaorang semua cukup."

Di akhir 'live' tersebut, pemilik akaun memaklumkan bahawa kes tersebut telahpun selesai, malah ahli keluarganya juga telah membuat permohonan maaf selain memberitahu akan menggantikan semula wang yang diambil.

Namun begitu, dia memilih untuk tidak meminta sebarang pemulangan, cuma berharap agar kejadian sama tidak berulang lagi kepada orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen