Berkejaran lari peluk isteri tengah jalan, dalam hujan, netizen tertanya2 punca pasangan bergaduh

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video dipercayai pasangan suami isteri yang mungkin sedang bertingkah, di bawah hujan lebat.

Apa yang membuatkan ramai risau adalah, perkelahian tersebut berlaku di tengah jalan, kemungkinan di sebuah lebuh raya.

"Semoga dipermudahkan segala urusan."

Rakaman video @boyytayar menunjukkan pasangan yang dipercayai suami isteri ini sedang berkejaran di sebuah jalan raya yang sibuk, mungkin berlaku salah faham antara mereka.

Dalam video, suami berkenaan dilihat cuba memeluk isterinya dalam usaha untuk memujuk meskipun ditepis berkali-kali oleh si isteri.

 

@boyy_tayar

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan 😌

♬ original sound - Syahmi Sazli

"Hargailah pasangan anda..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen risau akan apa yang berlaku, bimbang keselamatan mereka berdua di tengah-tengah jalan tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati pasangan tersebut serta semua masyarakat supaya setiap pergaduhan yang berlaku, tidak dilakukan di tempat berbahaya seperti ini.

"Lelaki kena peluk isteri bila saat begini..."

"Macam mana dua2 duduk tengah2 jalan..."

"Kes rumah tangga jangan bawak tengah jalan..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen