Kemalangan yang berlaku kadang kala disebabkan sikap pemandu jalan raya yang tidak sabar ingin segera sampai ke destinasi mereka.
Kadang kala, sikap seperti itulah yang membuatkan orang lain yang berhati-hati di jalan raya turut menjadi mangsa kemalangan.
Padah lalu laluan kecemasan.
Seperti yang dirakam menerusi dashcam pengguna jalan raya, memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan yang sedang laju di lorong kecemasan.
Dalam video tersebut, dapat dilihat jalan raya tersebut berdepan dengan sedikit kesesakan membuatkan pemandu kereta Myvi berkenaan seakan hilang sabar.
@azrai_zulkefeli King hampir tersepit kejadian baru jadi depan mata. Sabar bang sabar. huhu #fyp ♬ original sound - Azrai Zulkefeli
Bagaimanapun, ketika melalui lorong kecemasan tersebut, sebuah lori menghimpit kereta Myvi berkenaan hingga membuatnya sedikit hilang kawalan namun berjaya dikawal.
Disebabkan kejadian tersebut membuatkan kereta tersebut akur untuk mengikuti di belakang lori treler berkenaan.
Bukan hanya kereta Myvi itu sahaja yang membuatkan netizen bengang, namun kereta Proton Saga yang bertindak masuk di depan lori juga menjadi perhatian warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong akan tindakan abang lori berkenaan. Malah, mereka juga berpendapat bahawa tindakan pemandu Myvi tersebut mengudang bahaya pada semua.
Tinggalkan Komen