Terkadang kita sudah cukup berhati-hati di atas jalan raya. Namun asbab kecuaian orang lain, kita pula yang menjadi mangsa.
Sama lah dengan satu video tular ini, menunjukkan sebuah kereta menjadi mangsa dek kerana sikap penunggang motosikal yang 'ketegaq'.
"Jenis bawak moto tepi tengah tepi tengah, bila kita hon buat muka gangster..."
Perkongsian @wanpinky di Tiktok meraih perhatian ramai yang seriau melihat sebuah batu besar tertusuk ke cermin hadapan keretanya.
Difahamkan gara-gara kereta hadapan memotong motosikal yang membawa dengan kelajuan sederhana di lorong kanan, malang tak berbau, batu di jalan akhirnya hinggap di kereta empunya video...
@wanpinky87 Jenis bawa moto , tepi tengah tepi tengah… pastu bila hon buat muka gengster… langgar kita salah , elak kita yang bahaya.. #fyp #firyoupage ♬ Rancak Raya - Chorus - Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz
"Saya pon alami benda sama dengan motor macamni..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menarik nafas lega ketika batu berkenaan tidak mengenai pemandu kereta dan mengecam tindakan pemandu motosikal yang memecut di lorong kanan namun dengan kelajuan terlampau santai.
Tinggalkan Komen