Beli beg 'preloved' dari founder kosmetik, wanita terkejut jumpa buku jampi! - "Owner dah arwah..."

Oleh: Shasha Zack

Satu pertemuan mengejutkan dikongsikan seorang wanita apabila dia tiba-tiba terjumpa sebuah buku jampi dalam beg tangan yang dibelinya dari seorang pengasas produk kecantikan.

"Jumpa dalam beg preloved saya beli..."

Perkongsian @ninarichii di Tiktok menunjukkan sebuah buku jampi yang dijumpai dalam beg tangan dibelinya.

Lebih buat orang ramai meremang bulu roma adalah kata empunya video, buku jampi ini adalah milik seseorang yang telah meninggal dunia..

 

@ninarichiiii Buku JAMPI #founderkosmetikmalaysia #kosmetik #skincare #2ndwife #scary #unsecured #jampi #nakcantik #malaysia ♬ Scary Sounds - Bobby Cole

"Owner buku ni dah arwah..."

"Nenek i pon kata ayat2 ni jampi serapah orang dulu2..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meremang bulu roma ketika membaca buku jampi berkenaan yang disahkan oleh beberapa individu bahawa ianya adalah jampi serapah sebenar.

Dalam pada itu, ramai berteka-teki dan mencari tahu siapakah pengasas kecantikan yang diperkatakan.

"Dulu masa anak dara arwah tok ada ajar..."

"Terbaca sikit pon dah naik bulu roma..."

Anda masih keseorangan?

1,103,856 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen