Seorang pemandu dianggap sebagai individu tak kenang diuntung selepas bertindak memaki sepasukan anggota bomba yang berusaha bantu menyelamatkan dirinya di dalam kereta berkunci.
Orang awam panik ingatkan pemandu tak bernyawa
Menerusi perkongsian Muhammad Hafiz, difahamkan kejadian berlaku di Sri Hartamas pada Isnin malam.
Bomba kena maki pula lepas tolong
Dalam paparan tersebut, menyaksikan detik pasukan bomba menyelamatkan pemandu itu keluar daripada keretanya yang didapati telah berhenti di lampu isyarat selama tiga jam.
Walau bagaimanapun, tiada ucapan terima diberikan daripada pemandu terbabit, sebaliknya melontarkan kata-kata kesat selepas pintu keretanya berjaya dibuka oleh anggota bomba.
Dalam keadaan panik, reaksi pemandu lelaki itu masih tenang dan dipercayai dia berada dalam keadaan separa sedar atau lebih tepatnya mabuk.
"Patutnya tembak je dengan air"
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon dilontarkan kepada pemandu berkenaan yang rata-ratanya emosi melihat sikapnya yang bukan sahaja biadap, tetapi juga merbahayakan pengguna jalan raya lain.
"Orang baik hati tolong"
"Menyusahkan je"
Tinggalkan Komen