Malang biasanya tidak berbau, sebab itu kita perlu sentiasa berhati-hati tidak kira dimana pun jua. Terutama kepada wanita mahupun gadis yang kerap menjadi mangsa pelbagai kejadian tidak diingini.
Lelaki tak dikenali cuba buka pintu kereta.
Sama seperti video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Emmma Zack apabila berkongsi detik cemas yang dialaminya.
Dalam video tersebut dapat dilihat, seorang lelaki datang mendekati keretanya dan mencuba membuka pintu kenderaannya.
@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension - Sound Production Gin
Dia yang duduk seorang diri di dalam kereta berkenaan bernasib baik apabila mengambil tindakan pantas dengan mengunci kenderaanya itu.
Setelah beberapa kali percubaan, lelaki tidak dikenali itu pergi meninggalkan kereta berkenaan.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengambil kejadian tersebut sebagai pengajaran.
Malah, warganet turut berpesan bahawa sesiapa yang berdepan akan kejadian ini perlu mendapatkan perhatian ramai dengan menekan hon kereta.
Tinggalkan Komen