Siap tuding jari marah pelanggan, netizen tegur staf jaga kaunter harap kawal emosi

Tak dinafikan, bahawa petugas yang ditempatkan menjaga kaunter pertanyaan sememangnya mencabar.

Mana tidaknya, mereka perlu berdepan dengan ratusan pelanggan yang datang dengan pelbagai perangai berbeza hampir setiap hari.

 

Video staf mengamuk di kaunter tular

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna staf boleh bertindak sesuka hati seperti mengamuk atau memarahi pelanggan seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Menerusi video yang dimuat naik @mynewshub, memaparkan detik kekecohan yang berlaku di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membabitkan seorang stafnya dengan pelanggan.

 

Pertelingkahan berjaya dileraikan

Gara-gara gagal mengawal emosinya, staf lelaki itu lantas bangun dan meminta pelanggan duduk dengan nada suaranya yang agak tinggi.

Malah, konflik makin memuncak selepas staf berkenaan keluar dari ruangnya dan menghampiri lelaki berbangsa Cina itu, mujur berjaya dihalang oleh seorang wanita di situ.

"Jangan terlalu emosi"

Meskipun puncaa kejadian masih belum dikenal pasti, namun warganet menitip pesan secara terbuka, terutamanya kepada kakitangan yang bertugas di bahagian kaunter hadapan agar lebih mengawal emosi.

"Jaga kaunter memang mencabar"

"Benda boleh selesai cara baik"

 

Menurut mereka, walau sesukar apapun situasi ketika itu, sepatutnya mereka perlu lebih bertenang agar situasi kekal terkawal selain akui bahawa bertugas di bahagian itu sememangnya sangat mencabar emosi.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen