Guna 'lane' kanan tapi 'slow', pemandu Axia tak berganjak walau kena hon banyak kali

Bercerita tentang sikap pengguna jalan raya, sebenarnya tidak semua memiliki sifat berbudi bahasa dan bertolak ansur.

Mungkin mereka merasakan diri sudah cukup hebat berbuat demikian, namun mereka tidak tahu bahawa apabila ianya dikongsikan di media sosial, tindakan tersebut sebaliknya menerima tohmahan dan kecaman.

  

Pemandu Axia buat hal di 'highway'

Mengambil pendekatan lain, mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian Uncle Heng di laman Tiktok.

 

@ayzackja94

Driver mungkin tengah putus cinta kot.

♬ Ini Jalan Kami - B-QUEXX

 

Duduk 'lane' kanan tapi bawa 'slow"

Ianya menyaksikan gelagat pemandu Perodua Axia dengan selambanya memandu secara perlahan di lorong kanan sepanjang lebuhraya.

"Dari Pagoh-Machap 80km/j"

Difahamkan, pelbagai cara telah dilakukan oleh kenderaan lain iaitu dengan cubaan 'mencucuk' dari atah belakang, tak kurang juga yang bunyikan hon beberapa kali.

Namun, pemandu terbabit tetap berdegil dan masih kekal berada di lorong kanan lebuhraya.

"Punca jem belakang ni"

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon dilontarkan buat pemandu Axia itu.

"Mungkin takut tukar lane"

"Tengah buat Tiktok kot"

 

Malah, ada juga yang berandaian bahawa pemandu tersebut mungkin sedang berdepan masalah hingga hilang fokus dalam pemanduannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen