Jadi bidan terjun dalam acara lompat bergalah, pelari pecut berlatih hanya 4 minggu sahaja

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, satu lagi pingat emas berjaya diraih oleh atlet Malaysia dalam acara lompat bergalah di Sukan SEA Vietnam 2021.

Bagai durian runtuh apabila, Nor Sarah Adi yang merupakan merupakan pelari pecut untuk 4x100m dalam kejohanan sukan tersebut.

Lebih menarik lagi, apabila Sarah juga menjadi bidan terjun untuk acara lompat bergalah itu sekaligus memenangi pingat emas acara berkenaan.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Twitter Astro Arena, dapat dilihat detik-detik kemenangan Sarah ketika acara berkenaan.

Difahamkan, Sarah hanya berlatih selama empat minggu bersama jurulatih yang dikenali sebagai Coach Mansahar.

Bukan itu sahaja, dalam acara lompat bergalah ini, Malaysia dikatakan menawarkan diri untuk mencukupi kouta memandangkan hanya tiga negara sahaja yang mendaftar untuk acara berkenaan.

Apa-apa pun, tahniah buat Sarah, kalau dah rezeki tak ke mana kan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen