Bakar mercun tepi jalan rai ‘birthday’, 5 geng berpakaian ‘segak’ ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan sebuah video berdurasi 21 saat yang memaparkan sekumpulan individu membakar mercun di kawasan tersebut berserta berpenampilan kemas.

Susulan tindakan tersebut tular, lima lelaki diberkas bagi membantu siasatan insiden tersebut kerana dipercayai membakar mercun untuk meraikan sambutan hari lahir di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, Sabtu lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, kesemua suspek berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu disedari pihaknya menerusi satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di aplikasi Tik Tok.

Katanya, siasatan awal mendapati video itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berdekatan plaza tol tersebut.

“Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku bagi meraikan sambutan hari lahir seorang rakan dikenali sebagai ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan.

“Kesemua mereka berhenti di kawasan itu untuk bertemu antara sama lain,” katanya.

Pihaknya juga memaklumkan bahawa setakat ini telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan hasil pengecaman terhadap video itu.

“Kesemua tangkapan itu akan direman esok bagi siasatan lanjut dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen