Setiap orang mempunyai kepayahan berbeza dalam menelesuri kehidupan di zaman serba membangun ini.
Jadi, mereka sanggup melakukan apa sahaja di luar sana, asalkan ia memberi keuntungan buat diri sepertimana yang dilakukan oleh dua orang lelaki ini.
Lelaki kutip besi buruk diterjah
Sepertimana yang dikongsikan oleh Ariff Ahsan di Tiktok, memaparkan situasi tegang apabila lelaki pengutip besi buruk itu dimarahi oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan.
@ariff_ahsan Habislah besi orang niaga depa angkut jual. Nasib baik Kak Long ni cepat bertindak… #viral #pendudukchangloon β¬ original sound - πΈπ£πππ πΈππ€ππ
Difahamkan, isu berbangkit bilamana mereka tidak meminta izin terlebih dahulu untuk mengambil besi buruk serta barangan terpakai yang diletakkan di luar rumah, malah terus menjualnya di tempat pelupusan.
Padah ambil tak minta izin dulu
Tidak terhenti di situ, kedua-dua individu itu juga diminta memulangkan semula besi buruk yang diambil selain meminta agar dia menemui penduduk taman perumahan lain.
@ariff_ahsan Part 2: Kak Long ni bukan biase².#viral #pendudukchangloon β¬ original sound - πΈπ£πππ πΈππ€ππ
Sementara, kad pengenalan kedua-duanya diambil oleh pemilik video yang menurutnya akan dipulangkan semula selepas mereka berjumpa dengan penduduk taman perumahan sepertimana diarahkan tadi.
"Keras kepala betul dia tu"
Menjengah ke ruangan komen, dapat kita saksikan pelbagai respon dilontarkan buat dua lelaki itu.
Ada yang beranggapan bahawa tindakan tegas patut dikenakan buat mereka.
"Betullah tu bagi pengajaran"
"Tengok muka dia, kesian"
Namun, tak kurang juga yang meluahkan simpati melihat mereka dimarahi sedemikian.
Tinggalkan Komen