Kenapa India ambil alih eksport gandum? Ini sebabnya

Sejak kebelakangan ini, rakyat diselubungi dengan pelbagai khabar angin yang memaklumkan bahawa negara mungkin akan mengalami krisis bekalan makanan tidak lama lagi.

 

India sekat eksport gandum sementara

Belum pun begitu, Kerajaan India secara rasminya menyekat pula eksport gandum pada Sabtu lalu.

Difahamkan, keputusan tersebut terpaksa dibuat susulan gelombang haba yang melanda negara itu akibat cuaca panas terik sehingga menjejaskan hasil tanaman.

Ia sekaligus menyebabkan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

Walau bagaimanapun, kerajaan India menjelaskan pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.

Kenapa India ambil alih eksport gandum?

Seperkara dengan itu, tidakkah pernah anda terfikir mengapa masalah tersebut terkait dengan negara India sahaja?

Untuk makluman, sejak berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine, negara-negara yang bergantung kepada gandum untuk  bahan makanan ruji harian giat mencari alternatif bagi menampung kekurangan itu.

Maka, permintaan gandum beralih ke India.

Menurut sumber, Ukraine merangkumi 1/4 bekalan gandum eksport dunia, jadi India berusaha untuk mengisi kekosongan bekalan itu, namun masalah lain pula yang menimpa baru-baru ini.

Anda masih keseorangan?

1,103,853 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen