“Yasin mula terima rawatan bipolar di hospital, sebutan kes pada 22 Jun.” - Peguam

Oleh: Zuzu Yasmine

Berdepan dengan hukuman gantung sampai mati akibat didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar ganja, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mendapatkan rawatan penyakit bipolar kali pertama di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Peguam Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, anak guamnya yang turut didakwa kerana menanam pokok ganja akan mendapatkan rawatan susulan dalam tempoh enam minggu ini di hospital sama.

"Ada dua perkara ingin dimaklumkan, pertamanya kami ingin memberi perkembangan pada pagi ini proses rawatan diuruskan oleh pihak penjara dan semalam OKT (Orang Kena Tuduh) itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

"Walaupun agak lewat (Yasin dibawa untuk rawatan), kami ucap terima kasih kepada mahkamah dan penjara kerana memungkinkan rawatan itu. Yang kedua, laporan kimia tak siap lagi, (namun) kami harap tarikh sebutan kes tak lama, sebulan (daripada hari ini)," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berkenaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Hakim Jamaludin Man menetapkan 22 Jun depan untuk tarikh sebutan berkenaan.

Turut hadir pada prosiding, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan abang Muhammad Yasin, Zain Sulaiman.

Terdahulu, Muhammad Yasin didakwa di Mahkamah Majistret, pada 31 Mac lalu, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Yasin turut dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, bagi satu lagi pertuduhan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Anda masih keseorangan?

1,103,854 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen