“Isu 22 data peribadi rakyat Malaysia bocor bukan milik JPN.” – Menteri Dalam Negeri

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh sejak semalam apabila terdapat dakwaan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijual dengan harga USD10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.

Memetik laporan Harian Metro, laman sesawang teknologi Lowyat.net semalam menunjukkan set data JPN yang mengandungi maklumat seluruh populasi 22 juta rakyat negara ini dijual pada harga terbabit di forum pasaran pangkalan data.

Lowyat.net juga melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.

Ini bukan dakwaan baru kerana tahun lalu JPN turut mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Susulan dari kekecohan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, sahkan bahawa data perbadi itu bukan milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kami (Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai mekanisma untuk mengesahkan data yang dijual itu bukan daripada JPN. Seperti kes-kes sebelum ini, penjualan data membabitkan agensi yang diberi ruang untuk terima maklumat daripada JPN," katanya.

Beliau berkata, satu siasatan sedang dilakukan pihaknya dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

"Semua individu yang terbabit dengan kegiatan penjualan data peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan penuh akan dimaklumkan tidak lama lagi," katanya.

Sehubungan itu, Hamzah berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatkan data peribadi melalui agensi di bawah JPN akan dikaji semula.

"JPN merasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya isu seperti ini tidak timbul," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,103,856 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen