Pecah belahkan rumahtangga orang lain? 5 hukuman berat menanti anda

Oleh: Shasha Zack

Terkadang tanpa sedar, ramai yang iri hati dan dengki dengan kebahagiaan hidup seseorang hingga sanggup melakukan apa saja demi memecahbelahkan keluarga tersebut.

Tahukah anda, hukuman berat menanti si pengacau rumah tangga tersebut? Apakah antara kesalahannya..

How should I treat my cheating husband? - Times of India

1. Larikan isteri orang

Era kini, banyak kes berlaku berkaitan seorang isteri yang rela 'lari' bersama lelaki yang dicintai, dan meninggalkan suami sedia ada.

Meskipun sudah jelas isteri orang, lelaki penggoda tetap datang menghimpit, malahan isteri orang pula membuka ruang, hingga terjadilah hal seperti ini.

Hukuman: Denda tidak lebih RM5000 / penjara 3 tahun / 6 kali sebatan / mana-mana kombinasi denda di bawah seksyen 44. (Jika lelaki penggoda disabit kesalahan melarikan isteri orang.)

Balasan bawa lari bini orang [METROTV]

2. Melakukan hubungan intim dengan suami/isteri orang

Ada individu yang bergelar isteri atau suami orang, masih bernafsu untuk memadu asmara dengan pasangan orang lain. Tanpa rasa malu, mereka selamba keluar atau berpegangan tangan di kawasan terbuka. 

Hukuman: Denda tidak lebih RM5000 / penjara 3 tahun / 6 kali sebatan / mana-mana kombinasi denda di bawah seksyen 30 enakmen kesalahan jenayah syariah.

Duasinggit: AKIBAT MEMADU ASMARA DENGAN ISTERI ORANG

3. Kesalahan muncikari

Muncikari adalah 'orang tengah' di mana dia membantu rakan atau kenalan yang ingin berhubungan dengan suami atau isteri orang. 

Hukuman: Denda tak melebihi RM5000 / penjara 3 tahun / 6 kali sebatan / digabung dengan mana-mana hukuman di bawah seksyen 28 enakmen kesalahan jenayah syariah.

Prostitusi Online Artis di Sunter, Muncikari Pasang Tarif hingga Rp110 Juta

4. Hasut orang lain untuk bercerai

Kadangkala, niat hanya untuk menasihatkan, tapi tak sedar menjadi satu hasutan untuk menggalakkan si pengadu bercerai. 

Apabila mendengar rintihan dan luahan sedih kenalan yang mengadu mengenai rumah tangga mereka yang bergolak, terkadang kita menyuruh mereka untuk bercerai kerana geram dengan pasangan yang tidak semenggah.

Seseorang yang menghasut, memujuk atau memaksa mana-mana individu yang telah mendirikan rumah tangga untuk bercerai adalah salah di sisi undang-undang.

Hukuman: Denda tak melebihi RM5000 / penjara 3 tahun / kedua-dua hukuman sekali di bawah seksyen 46 enakmen kesalahan jenayah.

5 Hukuman Berat Untuk Pengacau Rumahtangga Orang Lain | Iluminasi

5. Sengaja ganggu rumahtangga orang

Banyak kes yang melibatkan sesetengah individu 'panas punggung' melihat orang sekeliling yang sudah berkahwin, bahagia.

Lalu, mereka pon dengan niat sengaja mengganggu atau mereka cerita dan memfitnah individu yang telah berkahwin untuk memporak-perandakan hubungan mereka.

Hukuman: Denda tak melebihi RM3000 / penjara 2 tahun / kedua-dua hukuman di bawah seksyen 43 enakmen jenayah syariah.

Anda boleh dipenjarakan jika kacau rumah tangga orang lain 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen